BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 23, 2009

15 /7/ 2009

Yay! Ari ini cik azura akan memulakan kuliah pertama.tentunya saya ternanti-nanti apakah tugas terbaru yang akan diberikan oleh cik azura seperti yang dimaklumkan minggu lepas.pada mulanya beliau memberi penjelasan terhadap tugasan bagi kursus teknologi komunikasi serta kerja kursus sepanjang semester berikutnya.

*pertamanya beliau menjelaskan tugasan individu
1* menulis blog selepas menghadiri kuliah
2* mencari journal mengenai teknologi komunikasi,kemudian membuat rumusan
dan hantar kepadanya pada 27/7/2009
3* mengkaji tentang komunikasi network yang terbaru pada masa sekarang dan membuat
Laporan

*keduanya beliau memberi tugasan kumpulan
1* mencari satu produk teknologi yang baru seperti leptop,telefon bimbit,cd player dan
membuat analisis.setiap kumpulan mempunyai 5-6 ahli


seterusnya beliau memberi penerangan teknologi komunikasi,Pertamanya, ialah takrifan komunikasi.seterusnya ialah model komunikasi. Baru saya tahu terdapat beberapa model yang berbeza. Contohnya model Lasswell mengatakan bahawa komunikasi adalah satu hala sahaja. Terdapat juga konsep-konsep teknologi komunikasi iaitu telekomunikasi, model telekomunkasi, konsep analog dan digital, fungsi teknologi komunikasi, ciri-ciri teknologi komunikasi dan lain-lain lagi.pada masa yang sama kami berbincang tentang faedah dan keburukan media cetak dan media eletronik,pada pendapat saya,antara kebaikan media cetak ialah ia bersifat kekal,tidak mudah hilang,kerana ia sudah dicetak berbanding media elektronik kita perlu bergantung pada kuasa elektronik,tanpa elektronik kita tidak mampu membuka leptop untuk mencari infomasi.kebaikan media elektronik pula antaranya,kita boleh online di mana sahaja bergantung dengan leptop untuk mencari maklumat,hal ini sangat memudahkan pengguna serta menjimatkan masa Keburukan bagi media eletronik ialah produk-produk eletronik akan menjejaskan kesihatan kita. Sebab produk-produk eletronik akan membebaskan sinaran radiation yang akan menyebabkan penyakit kanser.Kuliah kami diakhir dengan bahagi kumpulan.bessssnya 15 July hari tuuuuuuu....

0 comments: